Mercy Taja Latih 17 Jururawat Dari Pulau Nias
KUALA LUMPUR — Sebanyak 17 jururawat dari Rumah Sakit Umum Gunung Sitoli di Pulau Nias menjalani latihan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) atas tajaan Mercy Malaysia.
Dekan dan Pengarah PPUKM Prof Datuk Dr Lokman Saim berkata latihan itu diadakan dalam rangka proyek Pembangunan Rumah Sakit Pulau Nias, yang dilanda gempa bumi pada 28 Maret 2005.
Para jururawat itu akan menjalani latihan teori dan praktek di PPUKM hingga 26 April, katanya, Senin, 19 April 2009.
Beliau berkata dedikasi dan komitmen perawat di pulau itu mendorong Mercy dan warga PPUKM di Jabatan Kejururawatan untuk memberikan kursus dan pelatihan kepada mereka.
“Objektif utama latihan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada jururawat di rumah sakit itu bagi memperkasakan ilmu asas kejururawatan di hospital-hospital dan setanding dengan perkhidmatan hospital antarabangsa selain menggalakkan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Pulau Nias,” katanya.
Sehingga kini, Mercy Malaysia telah melatih 119 perawat dari Pulau Nias dengan mengajar modul pembelajaran Perkembangan Profesional, Penanganan Infeksi dan Trauma sejak 2008.
Anggota Majelis Eksekutif Mercy Malaysia Norazam Ab Samah berkata badan lembaga masyarakat itu akan terus memberikan pelatihan kepada jururawat di rumah sakit itu dengan mengirimkan pelatih ke Rumah Sakit Umum Gunung Sitoli tahun ini.
Selain membangun sumber daya manusia Rumah Sakit Gunung Sitoli, Mercy Malaysia juga telah turut membangun Rumah Sakit tersebut.
Menurut keterangan Kepala BRR Perwakilan Nias, William P. Sabandar, master plan revitalisasi RSU Gunungsitoli dibuat secara sukarela oleh MERCY Malaysia. Total dana yang digunakan membangun kembali rumah sakit paska gempa mencapai Rp. 85,5milyar. MERCY Malaysia juga merupakan koordinator pembangunan gedung RSU Gunungsitoli sejak proses penyusunan master plan sampai dengan pembangunan Fase 3. Dalam pembangunan fase 1 gedung RSU Gunungsitoli dibutuhkan dana sekitar Rp 10 M yang tertutupi dari donasi MERCY Malaysia.
(Bernama, bbr.blogspot)